Login Help Register
IkutSukaAku
Cikgu tadika gua ada berpesan, apabila hendak memulakan pembacaan kita hendaklah membebaskan fikiran dari sebarang prasangka positif/negatif, ulang bacaan sehingga faham kemudian barulah buat tafsiran. Itu mengikut nasihat cikgu tadika gua

Tentang : is2848

Nama Gelaran is2848
Umur 31
Jantina Lelaki
Bandar Kepala Batas
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Sudah Berkahwin
Kaum Malay


Kaunter Hit : 15255

Komen Terkini
GAGALKAN SEBELUM TERLAMBAT
Ya kerajaan kena... (Bujang antik)
10 Mar 2010 5:31 PM

APA CERITA PULAK DENGAN...
hah mawi best apa... (greatdaddy)
10 Mar 2010 12:00 PM

APA CERITA PULAK DENGAN...
salam... (pinky_gurlz)
10 Mar 2010 12:00 PM


Arkib



Kategori

Wednesday, March 10, 2010

GAGALKAN SEBELUM TERLAMBAT

PROTES! PROTES! PROTES! PROTES! 

gua sebenarnya tak yakin dengan kaedah perhimpunan aman semua nih.. bukan sekali dua rakyat turun ke jalan raya untuk menyatakan ketidakpuasan, namun tak ada satu pun yg dapat mendatangkan  kesan pd keputusan kerajaan, malah tidak di pandang langsung.. sebaliknya sebilangan kecil mereka yg berani tampil memperjuangkan hak dan nasib semua rakyat ini pula di tonjolkan di kaca tv dan dada akhbar sebagai pencetus kekacauan.

sungguhpun begitu, gua tetap 'salute' pada mereka yg sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat dan sebagai tanda sokongan gua sebarkan ini..

pandangan gua, sekiranya kita tidak seberani mereka untuk turun berhimpun, usah la pula di perlekehkan usaha yg mereka lakukan, kerna yg di suarakan mereka adalah perkara yang melibatkan kepentingan setiap ringgit yg keluar dr poket semua lapisan masyarakat. 

tuntutan.jpg picture by is2848

Seekor semut kelihatan kecil pada mata sang gajah, namun andaikata yg datang itu berjuta juta semut, adakah sang gajah masih tidak mahu berganjak..

a854c583cb759a2fe4164c378e524be4.jpg picture by is2848

andaikata mereka gagal, kita mengatakan itu adalah kegagalan mereka.. andai kata mereka berjaya, dengan muka tak malu kita turut berkongsi hasilnya..  

 


Tag/Label : tok moh
Dipostkan @ 05:31 PM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, March 10, 2010

APA CERITA PULAK DENGAN MAMAT NIH

Seronok bila dengar orang bijak berbicara. Kalu dengar orang gila bicara, kitapun jadi gila. He he!

 


Tag/Label : cerita gua
Dipostkan @ 12:00 PM | 3 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 9, 2010

GUA RASA TAHAP KESABARAN GUA SEMAKIN TINGGI

gua paling tak suka bila gua cuba menumpukan perhatian dan fokus gua pada hal2 kerja, perut gua berbunyi..

dan gua paling hilang sabar bilamana gua turun ke kafe semua kuih termasuk la cokodok hangit dah abis org lain beli..

gua nak ambil air sembahyang dulu sementara tunggu cokodok yg baru nak hangit di angkat dari kuali..

gua rasa tahap keimanan dan kesabaran gua semakin tinggi apabila gua tak terus ke seberang office pekena roti canai mamak brahim


Tag/Label : cerita gua
Dipostkan @ 04:28 PM | 9 Komen | Report Abuse

Monday, March 8, 2010

LUKA DI HATI SIAPA YANG TAHU..

anda sakit hati? ingin melepaskan tekanan? dimarahi bos? gaji tak dapat? bini takmau masak?

jemputan untuk menghadiri majlis jamuan halwa mata dan hati... tempat duduk khas untuk melepaskan geram disediakan.

dimana? stadium darulaman

hari apa? selasa 9/3/2010

pukoi beropa? 8.45 malam

bayaran? RM7, RM12, RM15

kehadiran kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan suasana yang agak ekstrem untuk pembesaran mereka

Posted Image 

KEDAH DARULAMAN

MELAWAN

ATM

dari hati seorang penyokong....

"mengharapkan perubahan drastik dilakukan untuk menyakinkan penyokong setelah diratah selangor.."

BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH


Tag/Label : sudut penyokong kenari
Dipostkan @ 05:44 PM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, March 8, 2010

TOL GATE GIRL

Buleh di katakan tiap-tiap hari gua lalu tol.

Kadang-kadang ade la jugak awek-awek tol yang hot. Ada jugak yang mengada-ngada. Tapi biasanya majoriti diorang bermuka masam mencuka. Mungkin sebab sekarang ni panas ya rabbi. Lagi lah pulak kerja seharian adalah menghulurkan tangan menyambut duit kemudian kena asap dan sebagainya.

Cuma satu aje lah yang gua selalu nampak.

Dalam ramai-ramai yang pakai glove, mesti orang pempuan. Tak pernah jumpa lelaki yang pakai glove. Apa sebabnya?

Adakah sebab lelaki tak kisah tangan mereka di sentuh atau dibelai? Atau sebab perempuan masih ada perasaan malu dan takut untuk dibelai tangan2 gatal? Atau kaum lelaki memang mengharapkan dapat bersentuh-sentuhan, mana la tau ade awek cun lalu booth dia?

gua pernah nampak sekali aje la seumur hidup gua hingga ke hari ini, driver kereta betul2 belai tangan minah yang jaga tol. Minah tu tarik cepat2 tapi agak kuat jugak la mamat tu punya grip. Bila gua lalu tol tu, tengok minah tu tidaklah berpakaian mengghairahkan pun. Tudung labuh dengan jaket kain menutup baju kurung yang dipakai. Dalam keadaan dunia sekarang ni, di mana ramai lelaki mampu menjadi seorang horny bastard selepas tertengok bayi 2 tahun, tidak muastahil wanita yang memakai baju besi dan dipalit najis kuda pun mampu menaikkan nafsu sesetengah golongan.

Point gua hari ni adalah, kalau gadis jaga tol pakai glove tidaklah dipandang pelik masyarakat tetapi kenapa tidak ramai penjaga tol lelaki yang teringin memakai glove?

Dan, sampai bila tol nak ada kat Malaysia?
Berapa tahun dah siap, takkan tak break even lagi? Duit cukai bertahun2 tu habis ke mana? Kenapa highway di Malaysia adalah satu bentuk bisnes?


Tag/Label : sentap sentap
Dipostkan @ 09:29 AM | 3 Komen | Report Abuse

Sunday, March 7, 2010

DAN....

Posted Image

SELANGOR 4 KEDAH 0

Gua masih berharap ianya cuma satu mimpi... 


Tag/Label : sudut penyokong kenari
Dipostkan @ 07:48 PM | 4 Komen | Report Abuse

Friday, March 5, 2010

RESAH.. GELISAH.. DAN GUNDAH

PERLAWANAN LIGA SUPER 2010

SELANGOR

MELAWAN

KEDAH DARULAMAN

Posted Image

kekeke.. game yang paling ditunggu tunggu oleh ramai pihak.. KEdah jumpak lawan yang bagus...S langoq pulak akan jumpak lawan yang sedang bagus..

Selangoq ada ramai player yang ada nama... KEdah pulak di barisi player player yang kurang ternama... cuma beze nye takat ni player player ternama Selangoq tu tengah hempas pulas dengan prestasi.. tapi player player Kedah yang kurang ternama ni sedang tenang mengekalkan prestasi...

***************

akhirnya rajagopal memilih Hadi
keeper ke2 pasukan kedah
perlawanan malam esok aku tak sedap hati
rasa resah gelisah dan gundah

pulut nyok sedapnya abang
diwaktu hujan makan diberanda
rasa tak syok dan juga bimbang
hati berkecamuk berdebar didada

sampah sarap jatuh kebawah
dibawa arus sungai yg tenang
harapan di sandar pada nasib dan tuah
semangat tinggi cari nak menang

secawan kopi di petang yg indah
cucuq tempek dicicah cicah
lawan selangoq bukannya mudah
ketahanan mental harus diasah

Cicah petai dengan sambai blacan
makan bersama ikan termenung
Kku rasa rasa game nanti la kan
KEdah 1 - Selangoq kosong

SEMARAKKAN API PERJUANGAN.. PULUN KEDAH PULUN!


Tag/Label : sudut penyokong kenari
Dipostkan @ 05:10 PM | 6 Komen | Report Abuse

Friday, March 5, 2010

LEPASKAN SAJA GELAS ITU

Pagi ni kawan gua lintas depan meja gua, dia cakap "Lepaskan saja gelas itu"! Lepas tu sampai meja sebelah pun dia cakap benda yg sama.. gua memula ingat kena sawan apa plak mamat ni pepagi jumaat nih..

Sebagai kawan yg prihatin, gua pun mendekati dan bertanya.. apsal lu mat, dah buang tabiat.. nak mampos?? setelah berbicara dr hati ke hati.. baru la gua paham.. lepaskan saja gelas itu! miungkin ada antara korang yg penah baca kisah ni.

**************

Kisah motivasi;

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

*********

gua dah nekad, sebelum melangkah kuar dari pejabat hari ini gua kana lepaskan gelas itu biar berderai pecah ke lantai.. nanti dapat  gelas baru.. Wakakakaka...

INGAT.. LEPASKAN SAJA GELAS ITU!


Tag/Label : cerita kawan2 gua
Dipostkan @ 09:01 AM | 7 Komen | Report Abuse

Thursday, March 4, 2010

MUNGKIN TEKNIK 'CAKAR RIMAU'

Muka dicakar guru

KANGAR: “Anak bongsu saya pernah demam selepas didenda ketuk ketampi guru berkenaan tetapi saya berdiam diri. Kali ini, saya betul-betul kecewa apabila melihat pipinya berdarah dipercayai dicakar guru yang sama.


Gua malas nal copy full berita sebab panjang sgt, lu org nak baca buleh pegi ke sini http://lagiberita.blogspot.com/

Gua cuma teringat masa di Tingkatan 4 sekolah berasrama tak penuh. cikgu gua nama Salehuddin. mengajar subjek sejarah ngan bm. kerap juga gua dan member2 seperjuangan kena 'rebiah' tengah belakang sbb tak siapkan keja rumah. 'rebiah' membawa erti di gosok2 tengah belakang sebelum di tampar mengunakan tapak tangan 5 jari. pelepap! sedap dan sakit..  

Satu lagi, kalau di tangkap bermain time dia ngajaq, kami akan di panggil ke depan dan di beri peluang duku kepala antara satu sama lain dengan syarat kena bagi kelas sebelah dengaq bunyi.

"Sapa nak tahan dulu?" paham sangat ayat tu. andaikata tahap kedukuan lu orang tidak di maksimumkan sewaktu duku kawan dalam menghasilkan bunyi yg memuaskan telinga kelas sebelah, maka kepala anda akan di duku oleh cikgu salehuddin secara automatik. dapat 2, satu dr kawan satu dr cikgu.

Pe pun, terima kasih cikgu.. kalau tak kena rebiah dulu, mungkin gua tak nak ambik tahu apa makna "kempetai' sampai skrg nih..

lu orang tau apa makna 'kempetai'? Tak tahu.. gua rebiah jugak lu orang nanti?


Tag/Label : cerita gua
Dipostkan @ 09:36 AM | 6 Komen | Report Abuse

Wednesday, March 3, 2010

APA DAH JADI.. APA NAK JADI...?

Melakukan seks lebih 20 kali? Bukan suami-isteri tetapi sepasang kekasih yang belum berkahwin.

Hari ini, sebuah akhbar harian online melaporkan seorang remaja perempuan yang berumur 15 tahun telah melakukan hubungan seks (berzina) dengan teman lelakinya secara sukarela lebih 20 kali.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, Hulu Terengganu, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Tetapi selepas siasatan awal dibuat pihak polis, didapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali dengan teman lelakinya itu. Perbuatan itu mengakibatkan remaja berkenaan telah mengandung selam 3 bulan.

 

Tok Moh:

Kebelakangan ni, berita zina, buang anak dan bersekedudukan antara bukan mahram makin menjadi-jadi. Seakan menjadi satu trend para remaja sekarang bersosial. Tidak terlepas juga yang terlibat dengan pergambaran lucah melalui telefon bimbit berkamera, remaja yang bakal mewarisi 'tahta' pimpinan negara sudah menjadi sebegitu rupa.

Siapa yang harus dipersalahkan tentang perkara ini haruslah difikirkan supaya gejala yang boleh merosakkan tamadun manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah dapat dibendung dengan segera.

Hiburan tanpa sempadan yang tidak disekat atau dikurangkan mengakibatkan keruntuhan moral di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Kita hanya sibuk memberi perhatian kepada perkara yang terkesan pada diri kita sahaja.

Sekatan hanya dilakukan terhadap penentang kita, tetapi terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan anak bangsa tidak dipedulikan.

Media-media hiburan yang memaparkan aksi-aksi lucah dibiarkan berleluasa. Asalkan tidak menggangu kebejatan yang berlaku dalam kerajaan.

APA DAH JADI.. APA NAK JADI? SAMPAI SKRG MASIH DI OFFICE LAGI.. TAK BULEH JADIIIIIIII...


 


Tag/Label : tok moh
Dipostkan @ 08:19 PM | 8 Komen | Report Abuse

Wednesday, March 3, 2010

SEBEBENONYE APEKEBENDE YANG NAK DIAJOR?

Guru belum sedia ajar pendidikan seks
Mac 2, 10 2:50pm

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya. Lagi:
http://www.malaysiakini.com/news/125479

Nak ajor seks apekebende ni? Safe sex? Pakai kondom? Pakai cawat besi? Atau Moral?????

Nak ngajor subjek penting sebegini bukan boleh sembang gembang macam ni dan main ikut dan ajer!! SIlap hb lain pulak jadinya nanti..


Tag/Label : tok moh
Dipostkan @ 10:16 AM | 8 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 2, 2010

Brader Rocker: Nasi goreng gawat

Paling enak di makan di kala poket tengah kering.. 
 
Bahan-bahan 
1. Nasi putih 
2. Dua ulas bawang merah atau sebijik bawang besaq (bleh mintak pinjam dari jiran)
3. Segenggam ikan bilis kecil
4. Setengah sudu teh garam (pun buleh pinjam dr jiran) 
5. Sebiji telur ayam (nak mintak pinjam kat ayam?) 
6. Minyak masak (Yang sepeket RM2 tu pun ok dah) 

Cara Penyediaan
1. Potong bawang sambil panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis ikan bilis sehingga rangup
3. Ketepikan sebentar ikan bilis, tumis bawang sehingga naik aromanya
4. Bila bawang dah masak, masukkan nasi putih, kacau. Pastikan nasi itu tidak berketul-ketul
5. Pecahkan telur ke dalam nasi bila nasi sudah digaul rata, kemudian gaul nasi dengan telur tadi sehingga telur masak.
6. Masukkan garam, kacau sehingga sebati. Cuba rasa jika garam tidak mencukupi, tambahkan sedikit demi sedikit.

Variasi Resipi : 
1. Boleh gunakan kicap manis suka rasa nasi goreng yang manis.
2. Potong kecil2 atau kisar cili padi 4 biji jika suka pedas.
3. Telur boleh di goreng atau dimasukkan dalam nasik tetapi pada pandangan gua, bila pecah telur dalam nasik, rasa nasi goreng tu akan jadi lebih sedap.
4. Potong sawi dan masukkan selepas ditumis bawang untuk menambahkan sayuran ke dalam nasi goreng

Kos penyediaan :
Sangat murah, tak lebih RM1.50 dengan syarat masak nasik sendiri.

Heh Heh.. Renung Renungkan Dan Selamat Mengamal

Lu orang penah dengar lagu ni?

Hakikat sebuah cinta - Iklim


Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta


Tag/Label : brader rocker
Dipostkan @ 05:59 PM | 4 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 2, 2010

KELIRU

Kepala otak gua penat memikirkan pelbagai masalah antaranya kenapa walaupun bulan Feb yang hanya ada 28hari, baki duit gua dalam bank seciput bulan2 yang ada 30 hari jugak?

Belum sempat gua dapat mimpi bagi jawapan untuk soalan pertama, muncul soalan ke-2, kenapa setelah gua kuarkan separuh gaji gua bagi bulan 2 dan langsaikan hutang piutang ceti halal dan haram, akuan gua masih berbaki yg agak luar biasa? ada sapa2 yg gua belum bayar utang sila angkat tangan?

Tambah pening kepala otak gua memikirkan nasib gua yg terpaksa berlaukkan ayam dan daging sebab harga ikan kat negara gua dah nak melambung tinggi. tak mustahil ikan sardin dalam tin akan terlibat sekali dalam konspirasi kenaikkan kali ini.

menatap kosmo pagi ini, kepala otak gua yang belum hilang penat terpaksa berpikir lagi. kenapa masalah sekecil ini pun tak dapat di selesaikan dengan cara yg menguntungkan rakyat. Apakah pertimbangan yg di buat tidak langsung mengambil kira beban yg di tanggung rakyat terutamanya mereka yg berpendapatan kecil dan berkeluarga besar? Ibarat, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah. Diarang bergaduh pasal kotak, rakyat jugak yang jadi mangsa.

HARGA IKAN BAKAL NAIK

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Lagi penat kepala gua bila mengetahui menteri ikan ada plan A,B,C, dan mungkin hingga E. namun adakah setiap pelan itu akan menguntungkan atau menyekat dr kenaikan harga ikan?

KPIAT SEDIA PELAN ‘B’ JIKA BOIKOT IMPORT IKAN BERTERUSAN - UTUSAN

PUTRAJAYA 1 Mac — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) mempunyai pelan khusus sekiranya pengimport berdegil dan mahu meneruskan tindakan memboikot import ikan kerana membantah arahan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan.

Noh Omar berkata, pelan khusus itu dijangka diumumkan esok selepas perbincangan diadakan dengan wakil pengimport ikan-ikan dari Thailand berhubung isu penggunaan kotak ikan itu.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi memantau masalah terutama kenaikan harga ikan sekiranya berlaku kekurangan di pasaran akibat tindakan boikot berkenaan.

"Harga ikan ini kita sedang pantau (dengan) menubuhkan jawatankuasa melihat masalah ini. Kita juga ada pelan B jika mereka terus boikot (import ikan), tapi pelan B ini kita akan umumkan esok,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama empat wakil pengimport ikan dari Indonesia.

Kini terdapat 22 pengimport ikan-ikan dari Indonesia dan 466 pengimport ikan-ikan dari Thailand.

Noh berkata, kerajaan tetap dengan keputusan supaya kotak berinsulasi itu digunakan kerana ia sudah tertangguh sejak empat tahun lalu. – Bernama

*******************

Apa pulak Pelan B nih? Pelan ini bukan ikan naik harga jugakkah?

Ada sapa2 yg buleh bgtau gua apa tujuan sebenar gunakan kotak berinsulasi nih? Macam-macam dieksperimentasi kan makanan rakyat. Orang kampung tak tahu apa itu 'insulansi' , yang dia tahu harga ikan dah naik angkara kerja orang yang tak pernah pergi  beli ikan di pasar.

Kalau ada pun menteri turun pasar ada lah, tu pun jenguk2 tengok harga sahaja.. Mereka tak beli, mereka tahu apabila tiba waktu makan atau jamuan jom pergi makan.

Hal ini perlu dikaji semula.. jangan ada udang disebalik batu.. atau.. baling batu sorok tangan.

Makanan rakyat adalah kebajikan yang utama dan jangan pula itu juga mahu dijadikan isu. Noh Omar selalu pergi beli ikan? lagi gua hairan, macammana ada 22 pengimport ikan dari Indon? Hairan lagi macam mana ada 466 pengimport dari Siam?

Woit, kalau mereka jual ikan ke Malaysia.. bukankah mereka pegeksport..?

Kalau mereka Indon dan Siam, apa kejadah di beri subsidi beli kotak berinsulasi? 

BANYAK PEKARA TAK JELAS DALAM KES INI...

YANG JELAS HANYA PEMAKSAAN BELI KOTAK DARI SYARIKAT BUMIPUTERA YANG MENGELUARKAN KOTAK INI...

p/s: "Tok ... nak tanya, mana satu bodoh? ... Manusia, ikan atau bekas plastik .. he hehe", tanya leman.

"Kalau dah bodoh .. semua benda tu sama je bodoh nye .," jawab Tok Moh..
 


Tag/Label : tok moh
Dipostkan @ 09:08 AM | 8 Komen | Report Abuse

Monday, March 1, 2010

Kempen mengrekrut rakyat tempatan jadi pekerja restoran mamak 'GAGAL

mStar melaporkan :

Kempen untuk mengrekrut rakyat tempatan sebagai pelayan, chef dan juruwang di restoran nasi kandar serta makanan India bukan sahaja tiada sambutan malah boleh dilabelkan sebagai 'gagal'.

Daripada 45,000 jawatan kosong di 2,000 restoran nasi kandar dan 1,100 restoran mamak di seluruh negara, tidak sampai 100 pertanyaan diterima untuk mengisi kekosongan tersebut daripada masyarakat tempatan. - mStar

*******

Mushkil jugak gua. betui ka berita ni. Mungkinkah ini sebahagian dari strategi persatuan tu untuk 'menghalalkan' depa terus guna rakyat asing. Takkan kut tak sampai 100 orang ja yang tanya.

Gua rasa Presma dan Jabatan Sumber Manusia kena buat kajian, betul ka dak statement tu. Kalau betul kena kaji jugak pasai apa jadi macam tu. Aku rasa mesti ada benda yang tak kena kat mana-mana. 'Something wrong somewhere."

Pasainya kalau ikut gaji yang ditawarkan tu kira ok laa jugak, di atas '
Pendapatan Garis Kemiskinan.'

Kata Noorul Hassan lagi, gaji bulanan untuk pembantu restoran (pelayan) ialah antara RM800 hingga RM1,300 sebulan bergantung kepada pengalaman sementara juruwang ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,300.
Penyelia dan tukang masak pula ditawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan. -
mStar 

*********

Takkan suka-suka boleh kata "respon yang sedikit itu adalah disebabkan di pasaran sekarang terdapat terlalu banyak kerja kosong." Pasainya data kat bawah ni aku 'capture' dari  lamanweb Job Malaysia

 

Bagi yang berminat nak cuba try test kerja kat restoran nasi kandar, boleh semak

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces


 


Tag/Label : fikir-fikir
Dipostkan @ 03:32 PM | 6 Komen | Report Abuse

Monday, March 1, 2010

Bahagia? Sengsara? Kenapa?

Masih dalam siasatan Othman apa yg sebenarnya terjadi..


Tag/Label : team skodeng
Dipostkan @ 12:11 PM | 7 Komen | Report Abuse

Sunday, February 28, 2010

CUCI MATA HUJUNG MINGGU

APA ADA KAT PARLIMEN DALAM DUNIA..

SOMALIA

ITALY

MEXICO

KOREA

FRANCE

 

TAIWAN

TURKEY

UKRAINE

AND Malaysia... such a peacefull country 


Tag/Label : sentap sentap
Dipostkan @ 10:30 AM | 4 Komen | Report Abuse

Thursday, February 25, 2010

KAH KAH KAH - NAK KETAWA PUN TAK BOLEH


Majalah terbaru peroduksi Zunar & Konco2, SUMPAH DIBUMI KOMISYEN telah dirampas, kali ini bukan oleh KDN, tetapi oleh Polis. Sepasukan polis yang diketuai Chief Inspektor Mohd Noor Azlan Bin Mansor telah membuat serbuan di sebuah kedai di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang dan merampas 4 naskah majalah tersebut. Serbuan yang sama juga dibuat di Butterworth dengan 15 naskah rampasan, Taman Bertam, Pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi.

Minggu lepas sebuah lagi majalah Zunar, Perak Darul Kartun juga dirampas di Johor. Sebelum itu, buku beliau 1Funny Malaysia juga dirampas di seluruh Malaysia. Ogos tahun lepas, sepasukan lapan orang pegawai KDN menyerbu pejabat Zunar di Brickfeilds di Kuala Lumpur dan merampas 408 naskah majalah sulung beliau, Gedung kartun.

nota:
sapa yang belum ketawa
lebih baik ketawa sekarang
jangan tunggu lama lama
nanti ketawa jadi satu kesalahan
dalam kanun negara kah kah kah


Tag/Label : keunikan malaysia
Dipostkan @ 06:48 PM | 7 Komen | Report Abuse

Thursday, February 25, 2010

Cerita pasal 'Revirgyn'

Gua lansung terlupa pasal permintaan one of my prend yang mintak tolong advertisekan product untuk wanita.


Anyone ada masalah KEPUTIHAN?

Baca baik-baik ye.
Ini adelah untuk yang mengalami masalah KEPUTIHAN.

Bukan yang ada masalah TAK PUTIH-PUTIH macam gua. Ada faham kah?

Ok, kalau anda ada masalah keputihan, jangan bagitau gua.
Tapi sila ke
sini [http://revirgyn.com/]

*****************

INI PULA SEBAHAGIAN DARI REVIRGYN

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Lagi: http://www.malaysiakini.com/news/125036

Muakaka .. aduwai ... demo budaya kita.
Semua orang turun demo .. he he he
Kalau tiap ari orang demo, tandanya jalan tak der kereta ..
Kalau demo jalan kaki .. minyak tak laku .. wakakaka !!!


 


Tag/Label : sentap sentap
Dipostkan @ 10:47 AM | 4 Komen | Report Abuse

Wednesday, February 24, 2010

LAWAK LA DEPA NI

Menteri yang jaga budaya, Rais Yatim kata semua stesen radio wajib siar lagu baru penyanyi tempatan bermula 1 Mac ini.

Tapi tetiba operator radio komersil Malaysia terkejut peraturan putar lagu baru artis tempatan.

Hangpa kaji tengok la kepala hotak depa tahap mana. Masaalah remeh macam ni pun nak kena terkejut-terkejut baru boleh selesai. Nasib baik la menteri jaga budaya tak buat stetmen wajibkan 1Malaysia dengar radio... perrgghhh....

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100223214314/Article/index_html


Tag/Label : meroyan lagi
Dipostkan @ 04:34 PM | 5 Komen | Report Abuse

Wednesday, February 24, 2010

WANITA, SERIKANDI NEGARA

CUEPACS semalam semacam meluahkan kebimbangan pulak apabila wanita sudah kuasai perkhidmatan awam.

Apa pulak nak dibimbangkan, yang membezakan penjawat itu ialah kualiti perkhidmatan bukan kuantiti pekhidmat.

Teringat gua ketika Tasik Kenyir pertama kali menakung air suatu ketika dulu, banyak binatang liar seperti gajah, harimau, beruk dan sebagainya terperangkap di pulau-pulau kecil yang terjadi akibat takungan air tersebut. Banyak juga yang mati. Ketika itu Pengarah sebuah Agensi yang jaga hal 'binatang' itu seorang wanita menangis apabila diajukan dengan pelbagai soalan oleh pemberita seperti kenapa tidak buat peng'alihan' sebelum air ditakungkan dan sebagainya.

Apa yang gua mikirkan sangat bukan pasal airmata itu, tapi masalah kalau mereka ni kahwin hampir-hampir sama tarikhnya, dikhuatiri bila tiba musim - - - - - - - -, pejabat menjadi sunyi sepi berbulan-bulan. Tetapi bila fikir balik semula, untung bagi kaum lelaki, boleh tanggung kerja, 'masyuk' lebihhh.

Apa-apa hal pun dalam sesebuah jabatan tak kira lelaki atau wanita, Apa yang penting? (tolong jawab wonderpet).. Heh Heh 


Tag/Label : sentap sentap
Dipostkan @ 09:32 AM | 5 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.